Smart Invest

Smart Invest

Wednesday, 17 December 2014

HARTANAH LANGKAWI LOKASI PANAS UNTUK DIJUAL

Dua kawasan "hot spot" di Langkawi yang sering menjadi tumpuan para pelabur adalah Pantai Cenang dan Pekan Kuah. Dua lokasi ini memang menjadi pilihan utama para pelancung luar dan dalam negara setiap tahun yang datang ke Langkawi. Cenang menjadi pilihan utama penggemar pantai dan lautan kerana pembangunan kawasan ini sangat pesat dan paling banyak infrastruktur, night life di Cenang jauh lebih ceria dan hidup berbanding kawasan pantai lain di Pulau Langkawi. Banyak hotel didirikan di Cenang namun penginapan ini masih tidak dapat menampung permintaan pelancung khususnya di musim musim perayaan, cuti sekolah atau hujung tahun.

Manakala Pekan Kuah lebih menjadi tumpuan kerana faktur "bebas cukai" disebabkan kebanyakan kedai kedai dan mall bebas cukai bertaburan di pekan Kuah. Peminat peminat shopping "duty free" lebih gemar memilih penginapan atau hotel di sekitar Kuah terutamanya penginapan yang berdekatan dengan "duty free Shopping Complex".

Bagaimana pun persekitaran Pantai Cenang kini telah menjadi padat akibat pembangunan pelancungan yang pesat. Pihak LADA yang bertanggungjawab terhadap pembangunan tanah di Langkawi telah mengambil inisiatif untuk menjadikan Cenang lebih menarik, indah dan selesa untuk pengunjung. Pengstrukturan semula Cenang telah mula dilaksanakan dimana pihak berwajib telah membeli tanah tanah penduduk persekitaran untuk membina laluan baru bagi merancakkan lagi aktiviti pelancungan di Cenang. Tanah tanah di persekitaran jalan yang akan dibina ini telah digazetkan sebagai tanah pelancungan untuk pembinaan hotel hotel sehingga ketinggian 25 tingkat. Projek Cenang 2 ini akan mula dilaksanakan sepenuhnya pada 2015 dan kawasan tanah sekitar akan menjadi lubuk emas buat mereka yang cepat bertindak membeli tanah tanah di kawasan berkenaan.

Selain itu satu kawasan di Temoyong berhampiran pantai yang memiliki pemandangan indah lautan telah dipilih untuk projek besar yang dikenali sebagai Rahsia Estate. Dimaklumkan bahawa kawasan ini akan dibangunkan dengan hotel hotel dan villa bertaraf mewah selain beberapa infrastruktur lain yang pastinya akan menggamit kehadiran pelancung yang lebih ramai ke pulau lagenda ini. Sementelahan satu projek mega taman thema Langkawi dikatakan sedang giat dalam pembinaan yang melibatkan sebuah syarikat besar luar negara. Malah diberitahu juga bahawa Langkawi juga bakal memiliki Dolphin Santuary tidak lama lagi kerana ia juga didalam perancangan pihak berwajib. Ditambah dengan pelan pembangunan Pulau Tuba dan Dayang Bunting, ini akan menjadikan Langkawi sebagai destinasi pelancungan paling menarik pilihan ramai di masa hadapan kerana pulau ini menawarkan pelbagai tarikan yang unik dalam satu lokasi yang menjanjikan keseronokan dan menghiburkan para pengunjung yang bercuti di Langkawi bersama keluarga.

Jika anda sedang berkira kira untuk melabur dalam hartanah, Pulau Langkawi adalah satu pilihan yang terbaik. Tanah tanah di persekitaran Projek Cenang 2 dan Rahsia Estate adalah antara kawasan kawasan "hot" yang perlu anda beri perhatian selain beberapa lokasi terpilih lain yang telah dikenal pasti mempunyai potensi masa depan yang pastinya menjanjikan keuntungan berganda.





Sila hubungi talian 60146779856 / 60164521707 untuk mendapatkan senarai lokasi tanah tanah yang menjanjikan ROI yang tinggi di Langkawi. Nyatakan keluasan tanah yang anda perlukan dan persekitaran yang bagaimana yang menjadi pilihan anda (serious buyer only).

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.