Smart Invest

Smart Invest

Saturday 7 February 2015

TUN MAHATHIR RASMI MUZIUM SENI 3D LANGKAWI

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini merasmikan Muzium 3D Art of Paradise Langkawi yang merupakan muzium seni tiga dimensi yang kedua terbesar di dunia.

Terletak di Oriental Village, muzium yang memiliki keluasan ruang pameran hampir 2,000 meter persegi dalam bangunan tiga tingkat, terbahagi kepada sembilan zon yang meliputi ilusi optik, akuarium, safari, interaktif 1 dan 2, fantasi, klasik, zon tema Mesir, istana lama dan pemandangan serta zon Malaysia.
Muzium yang mendapat pengiktirafan sebagai muzium terbesar seumpamanya itu oleh Malaysian Book of Records mempamerkan lebih 100 buah lukisan besar tiga dimensi yang dihasilkan 23 orang pelukis pakar dari Korea dengan kerjasama pelukis tempatan.

Baca selanjutnya laporan Berita Harian Online di SINI !

Dengan adanya Muzium Seni 3D di Pulau Langkawi ini akan mempopularkan pulau ini ke mata dunia. Ia akan menjadi satu lagi daya tarikan pelancung ke pulau lagenda ini. Dan pastinya nilai hartanah di Langkawi akan dirangsang menjadi lebih berharga dari masa ke semasa.