Posting kali ini berkaitan tanah tanah lot di 3 kawasan berbeza di Pendang. Anda boleh pilih mana yang berkenan dan mampu.
.
1. TANAH LOT DI BUKIT MURAI MUKIM PADANG PUSING, PENDANG, KEDAH
Membabitkan Lot 1687 berkeluasan keseluruhannya 1.4847 hektar atau bersamaan 3.669 ekar. Lot berstatus pertanian ini kemudian dipecahkan kepada unit unit lot perumahan / penempatan dengan purata keluasan tidak kurang 3,800 kaki persegi.
Jumlah unit unit lot yang masih ada sekitar 25 (keseluruhannya 30). Anda boleh rujuk pelan lot serta geran di bawah untuk melihat keluasan individu setiap lot berkenaan serta lokasinya. Kedudukan lot lot ini tidak jauh dari Sekolah Kebangsaan Padang Pusing malah juga tidak jauh dari Pekan Pendang. Harga yang ditawarkan adalah serendah RM11,000 saja.
2. TANAH LOT DI PEKAN / BANDAR PENDANG, KEDAH
Kedudukan lot No 926 ini benar benar di pinggiran Pekan Pendang. Luas keseluruhan lot ialah 6.9578 hektar (24 relong 86 jemba). Tanah ini berstatus tanah pertanian (sawah). Bagaimana pun cuma sebahagian kecil dari keluasan tanah ini yang dipecahkan kepada unit unit kecil (lot) sebanyak 5 unit dengan keluasan lebih 5500 kaki persegi setiap satu.
Jalan ban MADA menjadi laluan masuk ke kawasan ini selain pemilik tanah juga telah reserve laluan jalan tambahan selebar 13 kaki untuk memudahkan lagi pembeli & pemilik tanah ini nanti. Harga seunit lot ini ialah RM40,000 (boleh dirunding). Disebabkan kawasan ini adalah sebahagian dari Pekan Pendang, maka kemudahan awam atau infrastuktur mudah diakses.
3. TANAH LOT DI CHANGKAT NERING, MUKIM PADANG PUSING, PENDANG, KEDAH
Tanah lot ini merupakan pecahan unit unit dari sebahagian lot 3004 yang berkeluasan 0.344 hektar. Tanah ini terletak di Changkat Nering, Mukim Padang Pusing, tidak jauh dari Markas PAS Gajah Mati dan berhampiran jalan utama ke Charok Kudong. Cuma tinggal 2 lot saja lagi yang berkeluasan tidak kurang 6800 kaki persegi. Harga dijual ialah RM30,000. Sila lihat geran, pelan lot dan google map di bawah untuk mendapat gambaran lokasi tanah ini.
Hubungi Pak Long ditalian 0164521707 / 0146779856 untuk sebarang urusan berkenaan tanah tanah lot di atas.
Google Ads: Solusi Masalah Seksual Lelaki
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.