Smart Invest

Smart Invest

Thursday, 16 May 2013

Tanah Dan Lot Rumah Untuk Dijual Murah Di Kedah

tanah lot untuk jual di kedah, land for sale in penang, senarai tanah lot murah, properties for sale, rumah untuk dijual, tanah & rumah lelong bank, broker tanah.
Seperti juga logam emas, tanah juga adalah sumber alam yang terhad. Penawaran hasil bumi emas yang terbatas berbanding permintaan terhadapnya mnyebabkan harga emas meningkat dari masa ke semasa. Mempunyai simpanan asset dalam bentuk emas adalah sangat menguntungkan. Tun Mahathir Mohamad sendiri misalnya amat menggalakkan rakyat Malaysia membeli dan menyimpan emas berbanding menyimpan wang dalam bentuk elektronik di bank bank. Sifat emas ialah ia bebas dari susut nilai berbanding wang kertas dan elektronik.

Begitu juga dengan tanah yang merupakan anugerah Allah yang terhad. Pertambahan penduduk dunia yang pesat dari masa ke semasa menyebabkan keperluan terhadap tanah samada untuk tujuan perumahan, industri, pertanian dan sebagainya sentiasa meningkat bagi menampung permintaan asas setiap manusia. Untuk itu harga tanah secara umumnya tidak pernah turun melainkan sentiasa meningkat berkali ganda. Seperti juga emas, memiliki tanah yang luas dan banyak adalah sesuatu yang menguntungkan. Melabur wang untuk membeli tanah tidak mungkin akan merugikan orang ramai.


Blog ini dihasilkan untuk memberi maklumat tentang tanah dan lot lot tanah penempatan yang boleh anda beli untuk tujuan pelaburan sebagai asset diri dan generasi masa depan anda. Fokus blog ini adalah tanah tanah serta lot yang mahu dijual di negeri Kedah dan kawasan utara Semenanjung sahaja. Melalui blog ini kami akan mengemaskinikan maklumat maklumat terkini dan terbaru mengenai tanah tanah yang anda boleh beli lengkap dengan info seperti lokasi, geran dan sebagainya. Malah kami juga akan sertakan gambar atau video gambaran persekitaran tanah yang mahu dijual itu agar anda boleh membuat keputusan dengan mudah. Bayangkanlah dengan modal serendah RM15,000 anda sudah boleh mendapat lot lot tanah dilokasi lokasi tertentu yang strategik. Anda dinasihatkan membuat keputusan segera memandangkan tanah dan lot lot yang ditawarkan ini kebiasaannya habis dalam tempoh yang cepat memandangkan masyarakat hari ini kian mempunyai kesedaran yang tinggi betapa pelaburan terhadap tanah sangat menguntungkan. Tidak kira samada tanah tersebut ingin terus anda bangunkan atau menyimpannya...ia tetap akan menguntungkan kerana nilai tanah sentiasa meningkat berganda dari tahun ke tahun.


Selalulah ikuti posting dan update kami di blog ini untuk maklumat maklumat tanah dan lot yang terdapat dipasaran khususnya di negeri Kedah Darul Aman. Malah kami boleh mengatur pertemuan dengan anda bagi melihat lokasi lokasi yang menjadi pilihan anda jika anda benar benar berminat.


Terima kasih







No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.