Smart Invest

Smart Invest

Sunday 8 March 2015

LE TOUR DE LANGKAWI 2015

Le tour De Langkawi 2015 baru saja bermula iaitu untuk kali ke 20 dan ianya akan tamat dengan pusingan terakhir iaitu di Kuala Lumpur pada 15 Mac 2015. Kali ini Le Tour De Langkawi hanya 8 pusingan saja.

Dalam pusingan pertama tadi pelumba Malaysia yang mewakili Terengganu Cycling Team berjaya menduduki tempat ketiga. Harapan semuga pelumba yang mewakili negara akan lebih cemerlang dalam pusingan yang berikutnya. Hari ini sekali lagi pelumba Itali Andrea Guardini menjuarai pusingan pertama. Beliau memenangi buat pertama kali perlumbaaan profesionalnya di peringkat antarabangsa bermula dengan LTdL pada tahun 2011 dan tahun ini beliau diramal mengulangi lagi kejayaannya.


Untuk peminat lumba basikal, liputan dan maklumat terkini perkembangan LTdL 2015 yang sedang berlangsung di Malaysia ini boleh diikuti di laman rasmi di www.ltdl.com.my selain siaran langsung/tertunda yang disiarkan oleh tv Malaysia